Kali ini aku teringin sangat-sangat nak tulis dalam Bahasa Melayu.....Aku sendiri pun tidak tahu mengapa..haha..sebenarnya aku ada banyak hal nak tulis tapi tidak pula tahu nak start dari mana...dari hujung kaki ataupun dari akar rambut ya???
Pada mulanya, aku ingin meluahkan perasaan aku. Terdapat sesetengah perkara telah ditakdirkan dan kita tidak dapat melarikan diri ataupun bersembunyi daripada takdir...Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada keesokkan hari...kita perlu menghargai setiap benda yang kita ada pada hari ini...
Kalaulah esok tidak menjelma, apakah yang anda akan buat sekarang?? Buat apa-apa sahaja yang anda terfikir hendak buat sekarang...Aku ini mengatakan bahawa aku telah tersalah, tersilap, tak patut jatuh cinta terhadap seseorang yang langsung tidak patut dicintai...apa yang boleh aku buat sekarang kalau sudah terlambat untuk ku mengikis perasaan itu?? aku tidak tahu apa patut aku buat sekarang...aku dah cuba untuk mengelakkan diri daripada dia tapi tak mungkin lagi sebab sekarang semakin rapat dengan dia pula..lagi i nak jauhkan diri daripadanya lagi lah rapat dengan dia...
Aku berasa amat cemburu sekali bila dia bersama dengan orang yang dia suka..walaupun dia tidak pernah memberitahu yang dia suka padanya tapi aku sangat-sangat confirm yang dia sangat suka pada dia...dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi girl itu...aku dapat merasakan dia juga sanggup mati demi dia...betapa sakitnya hati aku ini..Aku tidak dapat memberitahu sesiapa pun tentang perkara ini..Aku tidak tahu apakah pandangan orang lain terhadap saya jika aku memberitahu tentang perkara ini...betapa susahnya aku untuk menyimpan rahsia ini..
Aku ingin tahu adakah patut aku memberitahunya apa yang terdapat dalam fikiran aku sekarang??? Jika tersilap cakap maka habislah segala-galanya tapi kalau tak cakap aku akan rasa menyesal jika tiada lagi peluang untuk memberitahunya...Aku dalam dilema sekarang..
No comments:
Post a Comment